Tuesday, June 2, 2009

Assalamualaikum...

Bismillahirrahman Ar-rahim....

Assalamualaikum semua?Sihat?Syukur pada Allah(^^).Jam kat komputer dah pukul 12.48 pagi tapi mata ni tak mahu juga nak pejam.Mula fikir-fikir idea untuk dikongsi bersama sahabat semua.
Hello!Hai!Ni contoh sapaan sesetengah orang kepada orang lain.Mungkin cara ini menunjukkan kepada kemesraan.Tapi dalam Islam, lafaz Assalamualaikum menjadi syiar kepada agama dan penganut itu sendiri.Apa tidaknya, lafaz salam itulah yang membezakan antara orang Islam atau orang kafir.Di Mesir contohnya, antara penduduk Mesir adalah terdiri daripada orang Kristian Ortodok.Muka lebih kurang je.Tak tahu nak bezakan antara orang Islam dan Kristian khususnya lelaki.Bagi lelaki, biasanya ada lambang salib di tangan mereka dan perempuan pula, tidak pakai tudung dan berpakai serba hitam(kebanyakannya orang-orang tua).Kadang-kadang tersasul juga bagi salam dekat mereka.Pernah sahabat tegur penulis masa bagi salam dekat orang Kristian dan katanya kalau nak tahu orang tu Islam ataupun tidak bila kita bagi salam mereka mengangkat tangan mereka.Itu sebagai contoh situasi di Mesir.Mungkin sahabat-sahabat pernah mengalami pengalaman yang sama.
Berbalik semula kepada topik SALAM ni, apa maksud Assalamualaikum?Maksudnya Salam sejahtera ke atas kamu...maknanya didalam salam ada doa.Doa kesejahteraan.Kalau doa ni kita dapat berulangkali, alangkah beruntungnya.Masuk rumah pun bagi salam...masuk kelas pun bagi salam.Dengan salam, kemesraan berputik.Daripada yang tidak kenal, jadi kenal..yang sudah kenal semakin erat perkenalan mereka.Berkat salam.

Nabi S.A.W Sebagai Contoh
Dalam apa-apa hal, samaada yang berkaitan urusan duniawi ataupun ukhrawi, Nabi Muhammad S.A.W. menjadi tempat rujukan umat Islam melalui sunnah Baginda.Begitu juga dalam bab salam ini.Pernah diceritakan oleh Sayyidina Ali R.A bahawa beliau cuba nak bagi salam kepada Rasulullah tapi Baginda terlebih dahulu memberi salam.Macam mana kita pula?Kadang-kadang kita malu nak beri salam.Jatuh standard kononnya.Tapi Hello...Hai...tak apa pula.Masa jawab telefon sebagai contoh, mana yang didahulukan Hello ke Salam?Sama-samalah muhasabah.

Hukum Beri Dan Jawab Salam Orang Bukan Islam
Sebagai berkongsi ilmu, apa hukumnya beri dan jawab salam orang bukan Islam?Ulama-ulama mengatakan HARAM hukumnya memberi dan menjawab salam orang bukan Islam kerana mereka tidak layak untuk mendapat doa daripada orang Islam.Kalaulah orang kafir bagi salam dekat kita, cukup hanya menjawab 'waalaikum' tanpa disertakan lafaz 'salam'.Wallahu alam.
1.27 pagi, sekejapnya masa berlalu.Rasanya setakat tu aje idea yang ada, Alhamdulillah.Moga bagi manfaat kepada kita semua.
Penulis tinggalkan sahabat-sahabat dengan satu hadith daripada Baginda S.A.W. :"Sebaik-baik manusia di sisi Allah adalah orang yang terlebih dahulu memberi salam"-Riwayat Abu Daud.Wallahu alam.

Nota Kaki Cinta Agung:
*.....Waalaikumussalam Warahmatullahi Barakatuh.Kalau jawab salam, jawablah dengan sebaik-baik jawaban.Wallahu alam...(^^)v

5 comments:

DAMAI said...

assalamualaikum cinta agung ^^

firdausahmad said...

assalamualaikumwarohmatullahitaalawabarokatuh :)

BalQis said...

Assalamualaikum,

Mengangkat tangan maknanya mereka muslim atau kristian?

Saya fikir, memberi salam itu seperti sudah menjadi budaya di kalangan orang Arab. saya katakan begini kerana org Arab yang ada di sini kadang-kadang orang kristian tetapi apabila bertemu sesama mereka, meluncur kalimah salam itu dari mulut meraka. Jadi bila melihatkan ini, saya fikir ia seperti sudah menjadi seperti sebahagian budaya mereka kerana assalamualaikum itu bahasa arab dan bahasa meraka bahasa arab dan salam seperti menjadi bahasa seharian- jadi bagaimana?

Cinta Agung said...

Waalaikumusalam, klu angkt tangan 2,dua2 pun bleh.Bezanya, org kristien ,kalu kte bg salam die angkt tgn tnpa jwb salam.Tpi,ssh jgk..kdg2 mrk jwb juge.Itu dimaafkan krn x sngaja.Lafaz Salam tu, nama Allah sbb 2 diharamkan krn org kafir bkn org yg Salam yakni selamat slgi x biman.Wallahu alam

Inspirasi Hati Kurniaan Ilahi said...

assalamualaikum.. satu reminder yg baik.. membudayakan salam.. sama2 kita memupuk sikap memberi salam dalam kalangan ummah agar menjadi teras pembentukan ukhwah.. sometime, we need to start first..then barulah org lain akan mahu memberi salam..