Saturday, June 20, 2009

Siapa Itu NABI, Siapa Itu RASUL?

Bismillahirrahman ar-Rahim...

Firman Allah Ta'ala:" Adalah manusia itu umat yang satu, maka Allah utuskan Nabi-nabi yang memberi berita gembira dan memberi ancaman..."

Agama merupakan suatu kepercayaan yang dianuti oleh manusia.Melalui petunjuk agama, kehidupan manusia akan lebih teratur kerana di dalam sistem beragama terdapat unsur-unsur menyuruh berbuat baik dan melarang daripada kemungkaran.Tetapi didalam banyak-banyak agama yang wujud, agama yang diterima oleh Allah hanyalah agama Islam.

Untuk menyampaikan agama Islam ini, Allah mengutuskan Rasul dan Nabi dikalangan manusia untuk melaksanakan tugas ini melalui perantaraan wahyu.Rasul yang wajib kita ketahui dan beriman adalah seramai 25 orang bahkan bilangan sebenar Nabi dan Rasul adalah ramai.Sifat yang wajib ada pada Nabi dan Rasul adalah BENAR, AMANAH, TABLIGH(menyampaikan) dan BIJAKSANA.

Tabligh:Sifat Wajib Para Nabi Dan Rasul
Mari kita tinjau sejenak pendefinasian Nabi dan Rasul di dalam sukatan pelajaran Agama Islam yang kita pelajari di sekolah.Nabi merupakan seorang lelaki yang diutuskan Allah dan diberikan kepadanya wahyu hanya untuk diri sendiri manakala Rasul pula adalah seorang lelaki yang diutuskan Allah dan diberikan kepadanya wahyu untuk dirinya dan disampaikan kepada orang lain.Lebih kurang begitu.Kalau kita perhatikan, di sana terdapat suatu kecacatan didalam pentakrifan kalimah Nabi iaitu "wahyu yang diterima hanya untuk dirinya sahaja" seolah-olah menafikan satu sifat wajib bagi seorang Nabi, iaitu TABLIGH(menyampaikan).

Di dalam kuliah tahun 4, U.Al-Azhar, Dr. Rabi' Yusuf Al-Jahmi seorang tenaga pengajar subjek Tafsir membahaskan isu ini.Beliau bertanya kepada kami:"..adakah wahyu yang diterima oleh seorang Nabi itu hanya untuk dirinya sahaja tanpa perlu disampaikan kepada manusia?".Beliau menambahkan lagi:"...tidak, tetapi pengutusan Nabi-nabi ini adalah untuk memperbaiki, mentajdid dan menguatkan lagi Syariat yang dibawa oleh para Rasul 'Alaihumussolatu Wassalam...".Ternyata maklumat ini memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada saya terhadap definasi Nabi.Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, setiap Rasul datang dengan membawa syariat berbeza-beza sebagai contoh di dalam syariat Nabi Musa a.s, cara untuk bertaubat adalah dengan membunuh diri tetapi di dalam syariat Nabi Muhammad S.A.W., cukup hanya melafazkan kalimah istighfar dan menyesal.

Kesimpulan
Jelas kepada kita bahawa semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul diutuskan untuk menyampaikan risalah Islam dan wahyu diterima bukan hanya untuk dirinya sahaja bahkan untuk disampaikan kepada umatnya.Sekiranya wahyu itu hanya untuk dirinya sahaja, maka ini menafikan sifat MENYAMPAIKAN yang wajib ada pada setiap Nabi dan Rasul 'alaihimussolatu Wassalam.Wallahu 'alam.

Nota Kaki Cinta Agung:
*Semua Rasul adalah Nabi tapi bukan semua Nabi itu adalah Rasul.
*Menulis sambil menunggu oral test(syafawi) untuk esok hari.
*Maaf jika ada salah silap dalam tulisan ini.Sekadar berkongsi ilmu...(^^)v

4 comments:

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

indahnya menjadi umat nabi Muhammad...kewajipan menyampaikan risalah Islam tercerna dalam untaian syahadah...

ღ cikGu aiRa ღ said...

assalamualaikum..
hurm btul jga.. slama nie msa study d sek men dlu x trpikir pn..
sbb dh ikut bku teks then ingt btul la 2..
ye r msa 2 bru form bape je..
heheheheh
dh 2 mcm mna kita nk jwab klau ank2 muda sekarag tnye yeh??
( wah..!! cm kita yg tnya nie dh tua sgt... :P)
then one more thing, bleh x nnt msuk kn post n teragkan lebh terperinci tentang cara brtaubat mengikut syariat nabi Musa a.s.. sbb klau ikt Islam membunuh diri kn memag brdosa besar..
syukran jazilan.. salam

MOHD KHAIRUL HAFIZ said...

To atulasca:
Hadith Nabi S.A.W:"Siapa yang mengucap Syahadah maka dia adalah pendakwah"

MOHD KHAIRUL HAFIZ said...

To aira syahirah:
Waalaikumussalam...time kasih kerana sudi mengepost komen dalam artikel ni.Insya Allah saya akan usahakan kerana masih belajar n perlu kpd rujukan tertentu...(^^)